Saturday, June 8, 2013

Manipulasi Kontrak Untuk Cari Keuntungan

Mr. Abc ada sebuah rumah besar di Damansara. Walaupun ketika membelinya sekitar tahun 1980-an harganya sekitar RM500,000 sahaja tetapi kini nilainya telah mencecah RM2juta.

Sekonyong-konyong Mr. Abc jatuh sakit. Setelah puas berubat penyakit yang dihidapi tidak kunjung baik. Setelah buntu berfikir,  dia bernazar "kalau aku pulih, aku akan jual rumah ini dan 50% dari nilai jualan akan ku sedekah kepada fakir miskin dan rumah anak-anak yatim."

Ditakdirkan selepas 3 bulan dia pulih sepenuhnya. Jadi tibalah masanya untuk menjual rumah dan hasil jualannya disedekahkan. Namun pada masa yang sama timbul rasa sayang pada rumah tersebut. Bukan senang hendak mencari rumah di lokasi yang strategik seperti itu. Lebih dari itu, setelah dijual separuh daripada hasil jualan perlu disedekahkan. Walau apa pun nazar tetap nazar; rumah mesti dijual dan separuh dari harga jualan perlu disedekah.

Mr. Abc berusaha mencari idea agar dia tidak kerugian de gan penjualan rumah tersebut. Setelah seminggu tidak cukup tidur memikirkan hal itu, akhirnya dia mendapat satu idea untuk menjual rumah tersebut dan bersedekah 50 peratus dari hasil jualan tanpa mengalami 'kerugian' besar. Bagaimana dia melakukannya?

Pertama, dia menurunkan harga rumah tersebut dari RM2,000,000 ke RM100,000. Kedua,  dia meletakkan harga bagi set perabot lama (baca perabot buruk) yang bernilai RM1,900,000. Ketiga, dia mengiklankan tawaran jualan rumah dan perabot tersebut sebagai pakej, yakni RM100,000 untuk rumah d  RM1,900,000 untuk perabot buruk, menjadikan harga keseluruhan pakej sebanyak RM2, 000,000.

Dipendekkan cerita, tanpa mempedulikan apa muslihat penjual dengan pakej pelik itu, seorang pembeli telah bersetuju dengan pakej harga yang ditawarkan. Setelah selesai urusan jual-beli, tibalah masa untuk bersedekah separuh daripada harga rumah. Berapa? Hanya RM50,000 kerana nazarnya adalah untuk bersedekah 50% dari harga rumah bukan 50% dari keseluruhan pakej. Ini bererti beliau telah 'menyelamatkan' RM950,000 wang hasil jualan rumah yang dibuat secara manipulasi (baca secara menipu) tersebut.

Moral of the story: Hati-hati dengan kontrak. Kalau janjk dengan Tuhan pun ada orang manipulasi, bayangkan apa yang mereka akan lakukan bila berurusan dengan manusia biasa.